Sunday, April 10, 2016

KE-3

Karim perlukan kenderaan untuk bekerja. Dia membeli sebuah kereta terpakai.  Rumahnya agak jauh sikit dari ibukota. Dia berasa gembira kerana kereta tersebut dapat menyelesaikan masalah bersesak2 dalam kenderaan awam, basah bila hujan bila menumpang motosikal kawan dan sebagainya.

Satu hari, dia memandu pulang dari kerja. Melalui kawasan kelapa sawit berhampiran tempat dia tinggal. Cuaca baik dan perjalanan selesa.  Tiba-tiba keretanya berhenti sendiri dan enjin mati. Karim kehairanan.  Takkan baru beli beberapa hari dah meragam fikirnya.  Dia cuba menghidupkan enjin beberapa kali tapi gagal.  Karim keluar dari kereta dan membuka bonnet hadapan kereta.  Semua nampak macam ok saja. Dia memeriksa lagi sambil menggaru kepala kehairanan.  Kairm menelefon juruteknik.

Tiba-tiba dia terhidu sesuatu.  Karim mendekatkan mukanya ke arah enjin kereta. Dia kehairanan.  Bukan bau asap, minyak tumpah dan sebagainya.  Bau busuk yang kuat. Dia memandang sekeliling seperti bau tersebut datang dari arah lain.  Dia bergerak ke arah punca bau tersebut.  Karim terperanjat!!! Ada mayat di tepi jalan rupanya. Dia segera menelefon polis.  Polis tiba untuk menyiasat. Kawasan tersebut mula ramai orang.  Ambulan membawa mayat pergi.

Beberapa hari kemudian, dalam perjalanan ke pejabat, Karim melalui kawasan belukar tebal.  Suasana agak gelap. Karim perlu cepat ke pejabat.  Takut tersangkut pada lalulintas di ibukota.  Tiba-tiba keretanya berhenti sendiri dan enjin mati.  Karim panik.  Ada mesyuarat penting di pejabat dan dia takut terlambat.  Dia cuba menghidupkan enjin tapi gagal.  Dia membuka bonnet seperti hari tu, tapi keadaan enjin, wayar dan sebagainya nampak seperti normal.  Karim kehairanan.  Tiba-tiba bau busuk sekali lagi terhidu.  Karim semakin hairan dan mula resah.  Dia memandang sekeliling, cuba mencari arah datangnya bau busuk tersebut.  Ada mayat lagi!!! Karim menelefon polis.

Tiba di pejabat, dia bercerita mengenai pengalamannya kepada Zainal, rakan sepejabatnya.  Dua kali kereta tu terhenti dan enjin mati.  Mayat yang aku jumpa, katanya kehairanan.  Zainal, dalam gelak kecil, balik nanti kalau enjin mati lagi, kau terus cari mayat, mesti jumpa.  Aku rasa kereta kau ni ada pelik sikit.  Zainal gelak sambil berlalu pergi.

Selepas waktu pejabat, Karim memandu keretanya pulang.  Dalam perjalanan dia asyik terfikir kedua-dua kejadian dan kata-katanya kawannya.  Bila menghampiri kawasan berhutan dekat dengan kawasan tempat tinggalnya, keretanya berhenti lagi dan enjin mati.  Karim terus keluar kereta dan terus mencari-cari kawasan sekelilingnya.  Mencari mayat ketiga. Tiada bau dan tiada mayat.  Karim kehairanan.  Tiba-tiba enjin keretanya hidup dengan sendiri.  Karim berpusing dan memandang ke arah keretanya.  Keretanya bergerak laju ke arahnya dan melanggar Karim dan terus kereta terus bergerak.  Karim mayat ke-3.

No comments: