Saturday, April 16, 2016

BAU KERTAS

Abu, ibu dan ayahnya, serta adik-adiknya sampai di rumah dari Majlis Konvokesyen Abu pagi tadi. Kedengaran suasana gembira sekeluarga meraikan pengtauliahan Ijazah Abu.  Selepas menukar baju, Abu pergi ke arah dua adik nya yang masih bersekolah, berborak di tangga rumah mereka.  Amin, adik yang bungsu bertanya pada Abu…banyak ke buku yang abang kena baca kat universiti abang tu? Berlambak-lambak, kata Abu.  Macamana abang angkat buku-buku tu? Tak berat ke? tanya adiknya Aman.  Abu tersenyum. Kita sekarang ada e-book…tak payah angkat berat-berat…beribu salinan buku-buku tu boleh masuk dalam tablet ke ipad ke handphone ke…ringan aje. Abu tunjukkan tabletnya pada Amin. Waaaaaaahhhh…bagi adik benda tu! Bagilah…kata Amin dengan muka kesian… Abu seperti terpaksa melepaskan tabletnya. Yehhhh…Adik ada tablet!!!

Abang? Tanya Aman, abang kepada Amin, sambil menadah tangan pada Abu.  Abu pening.  Dia ada satu tablet saja.  Aman dengan muka kesian, terkelip-kelip memandang abangnya dengan muka penuh harapan.  Abu lagi pening.  Abu mengeluarkan sebuah buku dari dalam begnya.  Nah, ini hadiah dari abang.  Tablet takde? tanya Aman.  Abang ada satu aje…sorry ya.  Aman tersenyum kecil.  Ini pun boleh baca juga, kata Abu.  Tapi bukan tablet, sambung Amin.  Abu tersenyum melihat gelagat kedua-dua adiknya bersungguh-sungguh membaca dari tablet dan buku mereka.

Alamak! Bang…apasal tetiba dia gelap ni? Tanya Amin sambil membelek-belek tabletnya. Abu mengambil tablet dan menekan sesuatu pada skrin tablet.  Bateri habis ni. Eh? Ini boleh baca lagi, sambung Aman sambil menyelak lembaran-lembaran pada bukunya.  Aman mendekatkan mukanya pada buku tersebut.  Hhhmm…sedapnya bau kertas….

Sunday, April 10, 2016

KE-3

Karim perlukan kenderaan untuk bekerja. Dia membeli sebuah kereta terpakai.  Rumahnya agak jauh sikit dari ibukota. Dia berasa gembira kerana kereta tersebut dapat menyelesaikan masalah bersesak2 dalam kenderaan awam, basah bila hujan bila menumpang motosikal kawan dan sebagainya.

Satu hari, dia memandu pulang dari kerja. Melalui kawasan kelapa sawit berhampiran tempat dia tinggal. Cuaca baik dan perjalanan selesa.  Tiba-tiba keretanya berhenti sendiri dan enjin mati. Karim kehairanan.  Takkan baru beli beberapa hari dah meragam fikirnya.  Dia cuba menghidupkan enjin beberapa kali tapi gagal.  Karim keluar dari kereta dan membuka bonnet hadapan kereta.  Semua nampak macam ok saja. Dia memeriksa lagi sambil menggaru kepala kehairanan.  Kairm menelefon juruteknik.

Tiba-tiba dia terhidu sesuatu.  Karim mendekatkan mukanya ke arah enjin kereta. Dia kehairanan.  Bukan bau asap, minyak tumpah dan sebagainya.  Bau busuk yang kuat. Dia memandang sekeliling seperti bau tersebut datang dari arah lain.  Dia bergerak ke arah punca bau tersebut.  Karim terperanjat!!! Ada mayat di tepi jalan rupanya. Dia segera menelefon polis.  Polis tiba untuk menyiasat. Kawasan tersebut mula ramai orang.  Ambulan membawa mayat pergi.

Beberapa hari kemudian, dalam perjalanan ke pejabat, Karim melalui kawasan belukar tebal.  Suasana agak gelap. Karim perlu cepat ke pejabat.  Takut tersangkut pada lalulintas di ibukota.  Tiba-tiba keretanya berhenti sendiri dan enjin mati.  Karim panik.  Ada mesyuarat penting di pejabat dan dia takut terlambat.  Dia cuba menghidupkan enjin tapi gagal.  Dia membuka bonnet seperti hari tu, tapi keadaan enjin, wayar dan sebagainya nampak seperti normal.  Karim kehairanan.  Tiba-tiba bau busuk sekali lagi terhidu.  Karim semakin hairan dan mula resah.  Dia memandang sekeliling, cuba mencari arah datangnya bau busuk tersebut.  Ada mayat lagi!!! Karim menelefon polis.

Tiba di pejabat, dia bercerita mengenai pengalamannya kepada Zainal, rakan sepejabatnya.  Dua kali kereta tu terhenti dan enjin mati.  Mayat yang aku jumpa, katanya kehairanan.  Zainal, dalam gelak kecil, balik nanti kalau enjin mati lagi, kau terus cari mayat, mesti jumpa.  Aku rasa kereta kau ni ada pelik sikit.  Zainal gelak sambil berlalu pergi.

Selepas waktu pejabat, Karim memandu keretanya pulang.  Dalam perjalanan dia asyik terfikir kedua-dua kejadian dan kata-katanya kawannya.  Bila menghampiri kawasan berhutan dekat dengan kawasan tempat tinggalnya, keretanya berhenti lagi dan enjin mati.  Karim terus keluar kereta dan terus mencari-cari kawasan sekelilingnya.  Mencari mayat ketiga. Tiada bau dan tiada mayat.  Karim kehairanan.  Tiba-tiba enjin keretanya hidup dengan sendiri.  Karim berpusing dan memandang ke arah keretanya.  Keretanya bergerak laju ke arahnya dan melanggar Karim dan terus kereta terus bergerak.  Karim mayat ke-3.

Saturday, April 9, 2016

AIR GAS

Maghrib di surau kampung. Takbir raya bergema selepas solat Maghrib. Selepas doa, Ali dan Ahmad  bersalaman. Bersungguh-sungguh menjemput jemaah ke rumah, ketika bersalaman.  Pak Seman memandang ke arah mereka lalu berkata pada Pak Abu, bapa Ali dan Ahmad, cantik budi bahasa anak-anak Pak Abu.  Sungguh ramah. Pak Abu hanya tersenyum.  

Esoknya, ramai tetamu berkunjung ke rumah Pak Abu. Ali dan Ahmad asyik melihat ke arah ruang tamu. Menambah ketupat, lemang, rendang, biskut, kek, minuman yang habis.  Tetamu berborak sambil bergelak ketawa.  Ali dan Abu kelihatan resah tapi masih terus membantu ibu mereka.  Pak Kassim Mangga tiba bersama isteri.  Pak Kassim, berbadan gempal, perlahan menaiki tangga rumah Pak Abu.  Mereka disambut gembira oleh keluarga Pak Abu.

Pak Kassim kehausan dan mahu mengambil gelas berisi air gas.  Mak Temah, isteri Pak Kassim menjeling ke arahnya. Pak Kassim tak jadi ambil gelas berisi air gas.  Dia mencapai gelas berisi air kosong.  Ali dan Ahmad tersenyum lebar melihat gelagat Pak Kassim.

Tak lama kemudian, Pak Kassim dan isteri meminta diri.  Pak Abu dan isteri menghantar mereka ke luar rumah. Ali dan Ahmad meluru ke arah meja tamu dan terus mengambil gelas berisi air gas Pak Kassim dan botol air gas yang tinggal separuh dan terus ke dapur sambil meneguk lega.

(Dulu di kampung / setinggan, air gas hanya dibeli untuk tetamu semasa perayaan)

GENDANG GERHANA