Saturday, April 16, 2016

BAU KERTAS

Abu, ibu dan ayahnya, serta adik-adiknya sampai di rumah dari Majlis Konvokesyen Abu pagi tadi. Kedengaran suasana gembira sekeluarga meraikan pengtauliahan Ijazah Abu.  Selepas menukar baju, Abu pergi ke arah dua adik nya yang masih bersekolah, berborak di tangga rumah mereka.  Amin, adik yang bungsu bertanya pada Abu…banyak ke buku yang abang kena baca kat universiti abang tu? Berlambak-lambak, kata Abu.  Macamana abang angkat buku-buku tu? Tak berat ke? tanya adiknya Aman.  Abu tersenyum. Kita sekarang ada e-book…tak payah angkat berat-berat…beribu salinan buku-buku tu boleh masuk dalam tablet ke ipad ke handphone ke…ringan aje. Abu tunjukkan tabletnya pada Amin. Waaaaaaahhhh…bagi adik benda tu! Bagilah…kata Amin dengan muka kesian… Abu seperti terpaksa melepaskan tabletnya. Yehhhh…Adik ada tablet!!!

Abang? Tanya Aman, abang kepada Amin, sambil menadah tangan pada Abu.  Abu pening.  Dia ada satu tablet saja.  Aman dengan muka kesian, terkelip-kelip memandang abangnya dengan muka penuh harapan.  Abu lagi pening.  Abu mengeluarkan sebuah buku dari dalam begnya.  Nah, ini hadiah dari abang.  Tablet takde? tanya Aman.  Abang ada satu aje…sorry ya.  Aman tersenyum kecil.  Ini pun boleh baca juga, kata Abu.  Tapi bukan tablet, sambung Amin.  Abu tersenyum melihat gelagat kedua-dua adiknya bersungguh-sungguh membaca dari tablet dan buku mereka.

Alamak! Bang…apasal tetiba dia gelap ni? Tanya Amin sambil membelek-belek tabletnya. Abu mengambil tablet dan menekan sesuatu pada skrin tablet.  Bateri habis ni. Eh? Ini boleh baca lagi, sambung Aman sambil menyelak lembaran-lembaran pada bukunya.  Aman mendekatkan mukanya pada buku tersebut.  Hhhmm…sedapnya bau kertas….

1 comment:

cô hàng xóm said...

Rong kinh là môt trong những triệu chứng bất thường mà chị em phụ nữ thường gặp. Đặc trưng của bệnh là tình trạng máu kinh là nhiều vượt quá mức trung bình và ngày hành kinh kéo dài. Rong kinh gây ra rất nhiều ảnh hưởng xấu đến cuộc sống và sức khỏe của chị em nên cần được thăm khám và điều trị kịp thời.