Esoknya, ramai tetamu berkunjung ke rumah Pak Abu. Ali dan Ahmad asyik melihat ke arah ruang tamu. Menambah ketupat, lemang, rendang, biskut, kek, minuman yang habis. Tetamu berborak sambil bergelak ketawa. Ali dan Abu kelihatan resah tapi masih terus membantu ibu mereka. Pak Kassim Mangga tiba bersama isteri. Pak Kassim, berbadan gempal, perlahan menaiki tangga rumah Pak Abu. Mereka disambut gembira oleh keluarga Pak Abu.
Pak Kassim kehausan dan mahu mengambil gelas berisi air gas. Mak Temah, isteri Pak Kassim menjeling ke arahnya. Pak Kassim tak jadi ambil gelas berisi air gas. Dia mencapai gelas berisi air kosong. Ali dan Ahmad tersenyum lebar melihat gelagat Pak Kassim.
Tak lama kemudian, Pak Kassim dan isteri meminta diri. Pak Abu dan isteri menghantar mereka ke luar rumah. Ali dan Ahmad meluru ke arah meja tamu dan terus mengambil gelas berisi air gas Pak Kassim dan botol air gas yang tinggal separuh dan terus ke dapur sambil meneguk lega.
(Dulu di kampung / setinggan, air gas hanya dibeli untuk tetamu semasa perayaan)
No comments:
Post a Comment